Kesan Pendedahan Gajet Terhadap Kanak-kanak

Keluarga adalah unit asas masyarakat. Bahagia keluarga, membangunlah ummah! Jom korek rahsia "Baiti Jannati" di sini!


Moderator: protoculture

Kesan Pendedahan Gajet Terhadap Kanak-kanak

Postby musafir » 20 Oct 2012, 01:03

Assalamualaikum semua.
Sebagai pembuka bicara, izinkan saya untuk mengutarakan topik yang mungkin jadi bualan di kalangan ibubapa dan pendidik iaitu mengenai pendedahan gajet terhadap kanak-kanak.

Saya sebenarnya agak risau dan tidak senang dengan perkembangan sebegini. Anak-anak belum lagi mumayyiz, tetapi telah diberi kepercayaan untuk memiliki dan mengendali gajet canggih seperti komputer riba, tablet dan smartphone dalam kehidupan mereka seharian.

Mungkin ibubapa ingin anak mereka cepat belajar dan membiasakan diri dengan arus teknologi terkini. Tetapi sedarkah mereka kesan-kesan buruk akibat nak cepat?

Terpanggil untuk membuat sedikit telaah, saya dapati kanak-kanak yang terlalu asyik dengan gajet dikatakan berisiko tinggi untuk membesar dengan tidak sihat. Malahan daya sosial dan perkembangan saraf motor kanak-kanak berkenaan juga sedikit-sebanyak terbantut walaupun mahir menilik aplikasi-aplikasi terkini dalam gajet canggih.

Rasa seakan terpukul bila melihat anak buah saya sendiri dihadiahkan iPad oleh ibubapanya :X sehingga tidur lewat malam kerana asyik dengan Angry Bird. Saya risau dengan keadaan ini dan masih lagi mencari penulisan saintifik mengenai isu ini.
Musa Firdaus

User avatar
musafir


Saff Dewasa

Posts: 9
Joined: 02 Oct 2012, 19:09



Re: Kesan Pendedahan Gajet Terhadap Kanak-kanak

Postby muhammad naim » 20 Oct 2012, 18:14

Dengan kepesatan teknologi sekarang, kita tak boleh mengekang tindakan mereka tetapi kena mengawal mereka.

seperti naim, sudah alami perkara ini iaitu anak buah sudah pandai guna laptop untuk main game , usia baru 2 tahun. huhu :up
Jom Rapatkan Saff

User avatar
muhammad naim


Global Moderator
Kedah

Posts: 737
Joined: 30 May 2011, 08:07



Re: Kesan Pendedahan Gajet Terhadap Kanak-kanak

Postby Naurah Alwani » 21 Oct 2012, 17:04

Ada dua kesan sebenarnya. Baik dan buruk.

Adik bongsu saya sebagai contoh. Dia tak boleh berhenti main permainan.. err sosial maya? Permainan yang membolehkan kita berinteraksi dengan pengguna lain tu. Akaun dia memang saya yang pegang. Tapi kalau nak awasi dia selalu tu susah. Kalau tak izinkan terus lagilah payah.

Daripada permainan tu dia boleh menguasai bahasa inggeris lebih baik daripada rakan sebaya dia yang lain. Sebab dia berinteraksi dengan pengguna lain guna bahasa inggeris. Dan masih.. bimbang juga ada perkataan tak elok menyelinap sekali dalam 'kamus' dia. Tapi setakat ini rasanya terkawal. Bagusnya, kadang kadang dia tercakap dengan saya dalam bahasa inggeris walaupun bahasa utama dalam rumah ni ialah bahasa melayu. Saya pun layankan sajalah.

Buruknya, dia susah nak berhenti kalau dah sekali main. Mata boleh rosak sebab lama pandang skrin. Dan takut kalau kerap sangat bergaul dalam internet, nanti dia menghadapi masalah komunikasi di luar. Tak tahulah. -_-

User avatar
Naurah Alwani


Designer
Pulau-Pinang

Posts: 217
Joined: 29 May 2011, 22:48
Location: Georgetown



Re: Kesan Pendedahan Gajet Terhadap Kanak-kanak

Postby amany » 23 Oct 2012, 12:35

bismillahirrahmanirrahim.
salam.

setiap benda ada pro and cons. begitu juga benda2 gadget ni.

saya setuju dengan Naurah Alwani dan Naim. anak buah roommate saya, siap minta Tab lagi kat mak dia sebagai hadiah birthday padahal umur tak sampai pun lima tahun lagi.

as for me, saya takkan menghalang tapi akan mengawal. kalau balik rumah, setiap kali adik main laptop, saya akan pantau. saya tengok dia buat apa, main games apa, etc. sebab memang mustahil kalau kita nak menghalang terus. dunia dah maju, macam-macam medium yang boleh digunakan untuk menarik minat si kecil ni dengan gadget2 yang canggih.

cuma itulah, kalau dah sekali main, memang payahhhh dia nak berhenti. berhenti hanya untuk makan, solat, mandi dan tidur. itupun sebab saya suruh atau saya 'ugut' takkan bagi dia main lagi dah. kalau tak, melekat la kat laptop tu berjam-jam mengalahkan kakak dia ni haa.

betul, boleh merosakkan mata sebab tengok skrin lama-lama. komunikasi pun satu hal. bila dah asyik dengan laptop dan sebagainya, buat kita lupa nak berinteraksi dengan kawan-kawan di alam nyata. tapi so far adik saya okey lagi sbb dia masih lagi main bola dgn kawan-kawan dia, pergi masjid, kalau bulan puasa tu, join pakcik2 kat masjid tu baca quran dan benda2 lain yang membuatkan dia masih lagi seorang kanak-kanak yang normal.

banyak harga yang perlu dibayar demi sebuah kemajuan terutama teknologi.
Legum Baccalaureus
Tweet! Tweet!

User avatar
amany


Global Moderator
Kuala-Lumpur

Posts: 460
Joined: 28 May 2011, 10:18
Location: Kuala Lumpur



Re: Kesan Pendedahan Gajet Terhadap Kanak-kanak

Postby Ya Habibi » 24 Oct 2012, 10:16

Assalamu'alaikum.

Well, you can't stop the kids nowadays to take advance to be clever-in-gadget as the technologies will up high and high. They will ask for it someday, believe me!

Saya sendiri, saya tak galakkan anak-anak saudara saya untuk terlebih melekat dengan gajet-gajet ni. Dan mak bapa diorang pun kalau bagi main komputer, memang akan selalu ada untuk memantau. Apa yang saya tengok, mak bapa diorang cari alternatif lain dengan cara belikan game genre pendidikan dan yang sama waktu dengannya.

Namun sedikit kesal, anak-anak sekarang tak kenal permainan zaman kanak-kanak 90-an dulu. Ahaks

Ya Habibi


Editor
Sabah

Posts: 64
Joined: 28 May 2011, 12:16



Re: Kesan Pendedahan Gajet Terhadap Kanak-kanak

Postby Zunita mohd nasir » 26 Oct 2012, 18:52

Bismillahirrahmanirrahim,

Zaman IT sekarang kalau anak-anak tidak mengenali apa itu gajet, pun susah juga. Cuma ramai yang salah menggunakan gajet-gajet ini, ramai yang lalai bila dapat bermain game.
لا إله إلا الله

User avatar
Zunita mohd nasir


Global Moderator
Selangor

Posts: 723
Joined: 30 May 2011, 10:06
Location: Selangor



Re: Kesan Pendedahan Gajet Terhadap Kanak-kanak

Postby kauthar » 31 Oct 2012, 04:52

Assalamualaikum Wrt. Wbt.

Ustaz Aluwi Parman, Ketua Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk Negeri Selangor berkata:
Dari segi mendidik anak-anak masa kini, apakah pendekatan yang perlu digunakan?

ALUWI: Dalam zaman teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) sekarang, ibu bapa perlu kepada kemahiran mendidik anak dan kepentingan menuntut ilmu. Mereka perlu tahu tentang komputer, Internet, teknologi digital dan sebagainya.

Namun, semua kemajuan dan teknologi itu perlu mempunyai hubungan dengan Allah. Contohnya, jangan disebabkan asyik dengan permainan atau melayari Internet kita lupa solat. Atau kita melayari laman-laman web lucah dan sebagainya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.as ... z2AorTswLy
© Utusan Melayu (M) Bhd

Zaman sekarang teknologi memang sudah menjadi satu keperluan. Cara kita mendidik itu bagaimana. Saya sendiri walaupun dari kecil tidak dilatih dengan gadget2 ini. Namun sekarang asik melekat. Sedangkan remaja-remaja malahan ada ibu bapa yang lalai sehingga duduk bejam-jam didepan komputer atau dengan smartphone melekat di tangan setiap masa. Itu orang dewasa yang boleh berfikir. Apatah lagi bagi kanak-kanak yang mana di sekelilingnya sudah di olah sebegitu, keinginan mereka timbul.

Kita sering dengar kesan buruk dari penggunaan gadget2 ini kepada manusia melalui kajian saintifik dll (namun saya masih kurang jelas kerana tidak banyak/jarang kesan dari isu berkenaan hal ini yang timbul). Mungkin untuk kita tapis/halang perkara tersebut dari berlaku, kita boleh beri mereka makanan tambahan/vitamin untuk menguatkan jasmani dan rohani mereka seperti kismis, kurma, madu, ais syifa' dll setiap hari. InsyaAllah ada kebaikannya.

Dari segi penggunaan, Windows Phone 8 telah hadir dengan Kid's Corner yang mana jika diaktifkan, kanak-kanak hanya boleh membuka aplikasi yang telah kita tetapkan sahaja. OS lain mungkin ada juga.

Bagi menjaga mata, elakkan dari menggunakan paparan dengan kecerahan yang tinggi dan menggunakan gajet dalam keadaan yang gelap.

Memang banyak kebaikan dan keburukan gajet-gajet seperti ini. Begitu juga dengan keadaan sekeliling kita.

User avatar
kauthar


Saff Dewasa
Selangor

Posts: 6
Joined: 31 Oct 2012, 01:33
Location: Bangi



Re: Kesan Pendedahan Gajet Terhadap Kanak-kanak

Postby thng777 » 19 Mar 2013, 14:52

I think that gajet gajet ni kalau long term tak berapa baik untuk kesihatan kut. Adult yang selalu terdedah pada teknologi pun dah dapat banyak kesan yang tak baik. Kanak-kanak lagi la teruk, dah la start sejak muda lagi.

thng777


Saff Dewasa

Posts: 2
Joined: 19 Mar 2013, 14:37



Re: Kesan Pendedahan Gajet Terhadap Kanak-kanak

Postby Ya Habibi » 21 Jun 2013, 22:08

Anak sepupu saya yang berumur 2 tahun lebih sudah mampu untuk menggodek-godek dengan sendirinya ke folder 'Gallery' serta melihat gambar tersebut slide satu persatu.

Dan telefon pintar tersebut Samsung Galaxy SII.
Say what?

Agak menakutkan. Walaupun dari satu sudut, "bijaknyaaa anak mama ni!"

Ya Habibi


Editor
Sabah

Posts: 64
Joined: 28 May 2011, 12:16




Return to Keluarga & Masyarakat

Who is online

Users browsing this forum: No registered users and 0 guests

cron