Institut Pengajian Tinggi (Awam & Swasta)

UPSR → PMR → SPM → STPM, A-Level, Matrikulasi → Pre-Degree → Degree → Post-Degree → PhD.


Moderator: protoculture

Re: Institut Pengajian Tinggi (Awam & Swasta)

Postby Kamen Rider Nazx » 16 Mar 2012, 04:39

:salam:

IPTA yang paling ramai student di malaysia ni adalah POLITEKNIK..... 27 Buah Politeknik berada di seluruh Malaysia.... adakah POLITEKNIK di malaysia ni reputasinya tidak sebegitu hebat dan tidak setaraf IPTA yang lain......???

:( :( :( :( :( :( :( :( :( :( :( :( :( :( :( :( :( :( :( :( :( :( :( :( :( :( :( :( :( :( :( :( :(
THE WORLD MUST CHANGE WITH
ONE CALIPH !!!
ONE UMMAH !!! ONE ISLAMIC NATION !!!
ALLAHU AKHBAR !!!

User avatar
Kamen Rider Nazx


Saff Dewasa
Negeri-Sembilan

Posts: 8
Joined: 16 Mar 2012, 03:32
Location: Sepang / Nilai



Re: Institut Pengajian Tinggi (Awam & Swasta)

Postby protoculture » 18 Apr 2012, 15:50

Image

Kolej Profesional MARA (KPM)

Kolej Profesional MARA (KPM) merupakan kolej bantuan penuh kerajaan yang ditubuhkan bagi menambahkan bilangan tenaga kerja bumiputera dalam sektor awam dan swasta terutamanya dlaam bidang Perniagaan, Perakaunan dan Teknologi Maklumat serta menambahkan bilangan kelulusan akademik cemerlang di kalangan Bumiputera.

Semua KPM adalah di bawah kawalan Bahagian Pendidikan Tinggi (BPT) di Ibu Pejabat MARA.

Program di KPM dijalankan secara sepenuh masa.Pendekatan secara "practical based" dalam pengajian & pembelajaran dengan suntikan elemen "soft skill" di dalam silibus subjek-subjek yang ditawarkan telah menghasilkan graduan KPM yang berketrampilan.Latihan industri di akhir pengajian bagi program diploma juga membantu pelajar menyediakan diri untuk menjawat jawatan di jabatan kerajaan dan swasta.

Selain dari itu aktiviti pembudayaan keusahawanan yang diterapkan semasa dalam pengajian akan mendorong sebahagian daripada graduan KPM untuk merealisasikan "Keusahawanan sebagai Kerjaya Pilihan".

Tajaan pengajian di KPM adalah PERCUMA dari kos pengajian & elaun sara hidup.

Kampus2 Kolej Profesional MARA

KPM Ayer Molek

Sejarah penubuhan Kolej Profesional MARA bermula dengan penubuhan Institut Perdagangan MARA (IPM) Melaka bertempat di bangunan MARA (lama), Jalan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur pada 16 Julai 1993. IPM Melaka dipindahkan ke lokasi di Jalan Hang Tuah, Melaka (sekarang KPM Bandar Melaka) pada bulan Jun tahun berikutnya.

Pada 1 Jun 2009 Kolej Profesional MARA Melaka telah dipecahkan kepada dua iaitu KPM Bandar Melaka dan KPM Ayer Molek. KPM Ayer Molek pada tarikh tersebut telah memulakan operasi di tempat baru iaitu di KM 16, Jalan Tiang Dua, 75460 Ayer Molek, Melaka.

Pelajar-pelajar bagi kursus Diploma Perakaunan (DIA) dan Diploma Pengurusan Perniagaan (DBS) KPM Melaka telah dipindahkan ke KPM Ayer Molek bermula 9 Julai 2009. Sementara pelajar baru yang ditawarkan ke KPM Ayer Molek mula melapor diri pada 7 Julai 2009.

Pada hari ini pengurusan KPM Ayer Molek diketuai oleh Pengarah dan dibantu oleh Timbalan Pengarah HEA, Timbalan Pengarah HEP dan Timbalan Pengarah Khidmat Pengurusan dengan sokongan ahli-ahli pengurusan kolej. Bilangan kakitangan pentadbiran kolej sehingga kini ialah 33 orang dan kakitangan akademik 36 orang. Sementara bilangan pelajar pula 467 orang.

Laman Web: http://www.kpm.edu.my/ayermolek/


KPM Bandar Melaka

olej Profesional MARA Bandar Melaka (KPMBM) diwujudkan selepas Kolej Profesional MARA Melaka (KPMM) telah berpindah ke kampus baru di Tiang Dua, Ayer Molek, Melaka pada 1 Jun 2009. Oleh yang demikian, KPMBM adalah kolej terbaru dalam kalangan KPM yang sedia ada. Walaupun KPMBM adalah sebuah pusat institusi pendidikan MARA yang baru, tetapi ia beroperasi di kampus lama di mana bangunan kampusnya telah dibina pada tahun 1968. Sejak tahun tersebut hingga kepada kewujudan KPMBM, berbagai-bagai program latihan dan pendidikan telah dilaksanakan bagi memenuhi resolusi Kongres Ekonomi Bumiputera pertama pada tahun 1966. Di antara Institusi Pendidikan MARA (IPMa) yang pernah beroperasi di kampus ini ialah Institut Kemahiran MARA, Institut Teknologi MARA, Institut Perdagangan MARA dan Kolej Profesional MARA.

KPMBM menawarkan kursus Diploma In Entrepreneurship (DEN) dan Diploma In Islamic Banking and Finance. Pada tahun 2009, terdapat seramai 45 pelajar (DBF) dan 217 pelajar (DEN) yang sedang menuntut di sini. Bilangan pensyarah adalah seramai 24 orang manakala bilangan staf pentadbiran dan sokongan ialah seramai 30 orang. Kursus DEN yang ditawarkan adalah kursus yang dikekalkan di KPMBM selepas perpindahan KPMM ke Ayer Molek.

Kewujudan KPMBM adalah untuk merealisasikan suatu visi menjadi sebuah institusi pendidikan tinggi yang berkualiti bagi melahirkan masyarakat berilmu, berakhlak mulia, dinamis dan berdaya keusahawanan bagi memenuhi keperluan negara. Motto KPMBM ialah Keusahawanan Pilihan Masyarakat Berdaya Maju. Kebanyakan graduan KPMBM memilih keusahawanan sebagai kerjaya pilihan manakala kira-kira 30% melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi sama ada di universiti di dalam negeri mahupun di luar negeri. KPMBM beriltizam meningkatkan kualiti pencapaian pelajar, menambah kecekapan tadbir urus dan menerapkan nilai-nilai keusahawanan melalui latihan dan pendidikan keusahawanan yang berkesan.

Laman Web: http://www.kpm.edu.my/bmelaka/


KPM Bandar Penawar

Kolej Profesional MARA Bandar Penawar (KPMBP) , Kota Tinggi, Johor Darul Takzim bernaung di bawah Bahagian Pendidikan Tinggi (BPT) MARA. Lokasi KPM Bandar Penawar ialah di Lot 8277 Mukim Tanjung Surat, Bandar Penawar, Kota Tinggi, berhampiran dengan Pusat Percutian Desaru. Pembinaan kolej di atas sebidang tanah seluas 25 ekar ini bermula pada Mei 2003 dan telah berjaya disiapkan pada awal 2008.

KPMBP menawarkan dua program diploma dan satu program pra-diploma. Program diploma yang ditawarkan ialah Diploma Perakaunan (DIA) dan Diploma Pengurusan Logistik (DLM). Program DLM hanya ditawarkan di KPM ini manakala program DIA ditawarkan juga di kampus Indera Mahkota, Pahang dan Beranang, Selangor. Manakala program pra-diploma pula ialah Program Persediaan Intensif (PIP). Kemasukan pelajar sulung ialah pada ambilan Julai-Disember 2008 seramai 250 orang.

Kolej ini telah mula beroperasi pada 17 Mac 2008 apabila kumpulan pentadbiran kolej yang pertama melapor diri. Mereka terdiri daripada Pengarah Kolej; En.M.Razalan bin M. Razali, Timbalan Pengarah Hal-Ehwal Akademik; En. Hussin bin Omar dan Timbalan Pengarah Hal-Ehwal Pelajar; En. Azlan b. Osman. Seramai 4 kakitangan akademik pula mula melapor diri pada 5 Mei 2008. Mereka terdiri daripada seorang Pegawai Ko-Kurikulum, 2 orang pensyarah Bahasa Inggeris dan seorang pensyarah Pengurusan Perniagaan. Prasarana yang disediakan di KPM Bandar Penawar ini agak baik dari segi akademik, hal ehwal pelajar dan pentadbiran. KPM Bandar Penawar mempunyai 2 dewan kuliah, 29 unit kelas, 4 makmal komputer dan 5 bilik pensyarah yang dilengkapi dengan kemudahan capaian internet. Kemudahan-kemudahan lain terdiri daripada Perpustakaan, Dewan Besar, Surau, Wisma Pelajar dan kafeteria.

Bagi kemudahan penginapan pelajar pula, 4 blok asrama telah disediakan iaitu 2 blok masing-masing dikhaskan untuk pelajar lelaki dan perempuan yang mempunyai kapasiti 768 pelajar. Terdapat juga gimnasium dan juga gelanggang-gelanggang sukan seperti tenis, bola jaring, sepaktakraw dan sebuah padang bola sepak. Prasarana untuk kakitangan juga disediakan. Terdapat tiga unit rumah untuk Pengarah dan Timbalan pengarah. Manakala 50 unit pangsapuri disediakan untuk para pensyarah, 12 unit untuk kakitangan pentadbiran dan 4 unit rumah warden.

Laman Web: http://www2.kpm.edu.my/bpenawar/


KPM Beranang

Kolej Profesional MARA Beranang (KPMB) asalnya dikenali sebagai Institusi kemahiran MARA, Perdagangan (IKM Perdagangan) telah ditubuhkan pada bulan Mei 1977. Sejak penubuhannya hingga penghujung bulan Julai 1982, ia telah ditempatkan di Tingkat 2, Bangunan Sing Hoe Motor, Jalan Ipoh,Kuala Lumpur. Seramai 100 orang pelajar telah menjadi perintis dan dikemudi oleh empat orang tenaga pengajar.

Pada Bulan Ogos 1982, IKM Perdagangan (IKM Kuala Lumpur) telah berpindah ke bangunan baru di Bandar Tun Razak Cheras dan dikenali sebagai Institusi Perdagangan MARA (IPM). Seramai 400 orang pelajar telah diambil dan diberikan kemudahan asrama. Seterusnya pada bulan Januari 1987, IPM Kuala Lumpur berpindah ke bangunan lama MARA di Jalan Tuanku Abdul Rahman setelah pusat pentadbiran MARA berpindah ke Bangunan MARA baru. Pada Februari 1993, IPM Kuala Lumpur sekali lagi berpindah ke Wisma Sachdev (Akademik) dan Wisma Tharkudas (Pentadbiran) di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur.

Setelah beberapa kali berpindah akhirnya pada jun 1998, IKM Kuala Lumpur mula beroperasi di kampus tetapnya di Lot 2333 Mukim Beranang, Jalan Kajang/Seremban, 43700 beranang Selangor dan dikenali sebagai Kolej Profesional MARA Beranang (KPMB). Kursus -kursus yang pernah dikendalikan oleh Kolej Profesional MARA adalah London Chamber of Commerce and Industry (LCCI), General National Vocational Qualification (GNVQ), Matriculation Institute of Chartered Secretarialship (MISCA), Institute of Corporative Auditors (ICA), Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), Certificate in Ticketing & Reservation dan Sijil Pembantu Pelancong.

Laman Web: http://www2.kpm.edu.my/beranang/


KPM Indera Mahkota

Sejarah penubuhan Kolej Profesional Mara Indera Mahkota atau lebih dikenali sebagai KPMIM bermula apabila ianya mula ditubuhkan pada bulan Mei 1997 dan dikenali sebagai Institut Perdagangan Mara (IPM).

Semasa penubuhannya, jumlah kumpulan pertama yang terdiri daripada pelajar hanyalah seramai 100 orang manakala dari segi kekuatan staf pula hanya terdiri dengan 4 orang tenaga pengajar sahaja. Pada 1 Jun 1998, KPMKL telah berpindah ke kampus tetapnya di lot 2333, Mukim Beranang.

Kampus KPM yang kedua, kemudiannya dibuka, di Melaka dan seterusnya diikuti dengan Kolej Profesional Mara Indera Mahkota (KPMIM). 1 Januari 2001 adalah tarikh di mana Kolej Profesional Mara Indera Mahkota telah siap dibina dan menawarkan program pertamanya iaitu Program Intensif Persediaan (PIP).

Laman Web: http://www.kpm.edu.my/imahkota/


KPM Seri Iskandar

Kolej Profesional MARA (KPM) atau pada mulanya dikenali sebagai Institut Perdagangan MARA (IPM) telah ditubuhkan pada bulan Mei 1977.Sejak penubuhannya hingga penghujung bulan Julai 1982, KPM / IPM telah ditempatkan di Tingkat 2, Bangunan Sing Hoe Motor, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur Jumlah pelajar kumpulan pertama pelajarnya hanya seramai 100 orang dengan 4 orang tenaga pengajar.

Setelah beberapa kali berpindah dari satu tempat ke satu tempat yang lain, akhirnya pada Jun 1998, KPMKL telah berpindah ke kampus tetapnya di Lot 2333, Mukim Beranang, Jalan Kajang-Seremban, Selangor Darul Ehsan. KPM yang ke-2 kemudiannya telah dibuka di Melaka pada Jun 1994 dan diikuti pula dengan ke-3 di Indera Mahkota, Kuantan, Pahang Darul Makmur (KPMIM) pada Januari 2000. Pada November 2003 Kolej Profesional MARA yang ke-4 telah ditubuhkan di Seri Iskandar, Perak Darul Ridzuan. Pada awal penubuhannya, KPM telah menawarkan kursus-kursus Lahore Chamber of Commerce and Industry,(LCCI).

KPMSI menawarkan program Foundation of Higher National Diploma dan Higher National Diploma in Business & Computing, Business & Marketing dan Business & e-Commerce pada ambilan pertamanya pada Januari 2004. Kesemua program tersebut berdaftar secara langsung dengan Edexcel Foundation / Business and Technology Education (BTECH) di United Kingdom. Kini KPMSI menjalankan satu lagi program iaitu Program Intensif Persediaan (PIP) mulai sesi Januari 2007.

Laman Web: http://www.kpm.edu.my/kpmsi/
Image

Allah is Great
!

User avatar
protoculture


Mod
Kuala-Lumpur

Posts: 439
Joined: 01 Jun 2011, 11:37



Re: Institut Pengajian Tinggi (Awam & Swasta)

Postby protoculture » 18 Apr 2012, 15:52

Image

Kolej Poly-Tech MARA (KPTM)

The History of KPTM

Kolej Poly-Tech MARA (KPTM), formerly known as Kolej Yayasan Pelajaran MARA (KYPM) was established as a private higher educational institution under the Private Higher Educational Institutions Act 1996 (Act 555) in September 2003. Managed by Kolej Poly-Tech MARA Sdn. Bhd., a wholly owned subsidiary of Majlis Amanah Rakyat (MARA), KPTM offers a wide range of educational opportunities in the field of information technology, computer science, accounting, business management, engineering and health sciences.

It all started in January 1983 with the establishment of the Learning Resource Centre in Kota Bharu, Kelantan. In June 1983 Maktab Sains MARA (also known as MARA Community College) in Kuantan, Pahang was formed. At that time, it offered a twinning programme known as the American Associate Degree (AAD). The programme was well accepted by more than 75 universities in the United States and New Zealand as a 2+2 transfer degree programme. This remarkable achievement later led to the establishment of KPTM Kuala Lumpur (1985), KPTM Bangi (1988) and KPTM Kota Bharu (1994). Other international strategic alliances were formed with the Northern Consortium of the United Kingdom (1988), the Australian Consortium of Higher Education in Malaysia (1994) and the British Consortium of Higher Education in Malaysia (1994) which enabled students to further their studies in a number of reputable universities in the UK and Australia. 1993 saw another alliance formed with the Dublin Business School, Ireland to conduct the ACCA professional accounting programme. A Partnership with Coventry University, United Kingdom (2004) has led to initiatives in producing world class graduates.

KPTM’s existing strength was built through its excellent track record and the merging of 2 MARA’s renowned institutions i.e. Kolej Yayasan Pelajaran MARA (KYPM) and Akademi Infotech MARA (AIM). KPTM has grown to be among the biggest Bumiputra private educational institution with more 12,500 full time students spread over 7 campuses in Kuala Lumpur as the main campus and branches in Bangi, Kuantan, Kota Bharu, Alor Setar, Ipoh and Batu Pahat.

KPTM also established local collaboration with the public and private universities such as Universiti Teknologi MARA (1994), Universiti Putra Malaysia (1995), Universiti Malaya (1995), Universiti Kebangsaan Malaysia (1996), Universiti Sains Malaysia (1996), Universiti Multimedia (1998), Universiti Utara Malaysia and also the Matriculation Centre, Ministry of Education Malaysia (1999).

Our commitment to life-long learning and flexibilty to education are reflected in the diversity of the programmes offered through the Centre for Continuing Education (CCE). Since its establishment in 1995, CCE has offered part time and distance learning programmes ranging from certificates, diplomas, degrees in a multitude of areas, as well as short courses conducted in collaboration with the local and international universities and partner institutions.

Today, KPTM is proud of its history and solid foundation that has brought continuous educational growth into the future. In recent times, we are able to extend our affordable quality programmes to many individuals in the effort to enhance knowledge and skills. It has become our absolute commitment to provide every opportunity to individuals in gaining easy access to education, besides providing holistic approach to education and training, thus assuring students a career and life enhancing investment for the future.

KPTM Campuses

    Kolej Poly-Tech MARA Kuala Lumpur
    Kolej Poly-Tech MARA Kampus Bangi
    Kolej Poly-Tech MARA Kampus Alor Star
    Kolej Poly-Tech MARA Kampus Ipoh
    Kolej Poly-Tech MARA Kota Bharu
    Kolej Poly-Tech MARA Kampus Kuantan
    Kolej Poly-Tech MARA Kampus Kejururawatan, Kemumin
    Kolej Poly-Tech MARA Kampus Batu Pahat
    KPTM Kampus Cawangan Semporna

Website:

Main KPTM & KPTM KL: http://www.kptm.edu.my/
KPTM Bangi: http://bangi.kptm.edu.my/
KPTM Alor Star: http://astar.kptm.edu.my/
KPTM Ipoh: http://ipoh.kptm.edu.my/
KPTM Kota Bharu: http://kbharu.kptm.edu.my/
KPTM Kuantan: http://ktn.kptm.edu.my/
KPTM Nursing, Kemumin: http://nursing.kptm.edu.my/
KPTM Batu Pahat: http://bpahat.kptm.edu.my/
KPTM Semporna: http://sp.kptm.edu.my/
Image

Allah is Great
!

User avatar
protoculture


Mod
Kuala-Lumpur

Posts: 439
Joined: 01 Jun 2011, 11:37



Re: Institut Pengajian Tinggi (Awam & Swasta)

Postby protoculture » 18 Apr 2012, 15:58

Image

Kolej MARA

Kolej MARA adalah institusi pengajian tinggi MARA yang menawarkan pengajian Matrikulasi KPM (Kementerian Pelajaran Malaysia), Pengajian Foundation Universiti Kuala Lumpur (UniKL), International Baccaleureate (IB) & Cambridge A-Level. Kolej MARA asalnya adalah MRSM yang telah dinaiktaraf untuk menjadi pusat pengajian Tahun Asas / Foundation / pra-Universiti.

Berikut adalah maklumat ringkas bagi setiap Kolej MARA:

Kolej MARA Seremban
Image

Kolej MARA Seremban (KMS), yang dahulunya dikenali sebagai Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Seremban, merupakan MRSM yang pertama sekali dibina pada tahun 1971. Dengan keluasan yang terhad iaitu 10 ekar, kolej ini hanya boleh menampung maksimum 550 orang pelajar sahaja pada satu-satu sesi pengajian.

Program Yang Dijalankan

International Baccalaureate
Image

Diasaskan pada tahun 1968, merupakan program peringkat diploma yang dikendalikan oleh International Baccalaureate Organisation (IBO). IBO adalah badan bukan kerajaan (NGO) yang beribu pejabat di Geneva, Switzerland. Walau bagaimanapun, hal-hal peperiksaan dan kurikulum (IBCA) diuruskan di pejabat yang terletak di Cardiff, United Kingdom.

Pada Jun 2005, Kolej MARA Seremban (KMS) telah mendapat kepercayaan MARA untuk menjalankan program IB ini. Pelajar yang terpilih ke KMS akan melanjutkan pelajaran ke luar negara sama ada di bidang perubatan, perguruan/tindikan MRSM (Sains & Matematik), pergigian dan biotenologi.

Cambridge A-Level
Image
Sebagai usaha untuk menambah jumlah professional bumiputera dalam bidang sains & teknologi, pihak MARA telah mewujudkan satu program tajaan biasiswa pelajaran dikenali sebagai Skim Pelajar Cemerlang (SPC).

Program A-Level Cambridge merupakan satu program akademk antarabangsa yang ditadbir oleh University of Cambridge International Examination (CIE) yang merupakan sebuah jabatan di University of Cambridge, UK.

Laman Web: http://www.mrsmkm.edu.my/seremban/


Kolej MARA Banting
Image

Sejarah Kolej MARA Banting bermula seawal tahun 1985 dengan menumpang di MRSM Seremban bagi tujuan menyediakan pelajar MRSM untuk program GCE A-Level. Program tersebut merupakan program persediaan untuk kemasukan pelajar ke universiti di luar negara.

Bagi mempelbagaikan bilangan universiti yang boleh disertai oleh pelajar, pada tahun 1991 kolej ini telah pun memperkenalkan satu lagi program pra-universiti yang baru iaitu Program International Baccalaureate (IB) setelah mendapat pengiktirafan dari International Baccalaureate Organisation bagi menjalankan program tersebut.

Bagi menampung keperluan program dan pelajar yang bertambah, kolej ini telah pun diubah ke lokasi baru seluas 84 ekar iaitu lokasi yang digunapakai sekarang. Maka bermula dari tanggal 1 Julai 1992, kolej ini beroperasi dengan menggunakan nama MRSM Banting dengan sejumlah pelajar : 71 orang pelajar International Baccalaureate daripada MRSM Cheras dan 310 orang pelajar GCE A-Level dari MRSM Cheras dan MRSM Seremban.

Pada tahun 1994, nama MRSM Banting telah ditukarkan ke nama baru iaitu Kolej MARA Banting sehinggalah sekarang. Kolej MARA Banting mempunyai 41 kakitangan sokongan di Bahagian Pentadbiran dan 94 pensyarah yang bertauliah di Bahagian Akademik. Jumlah keseluruhan kakitangan di Kolej ini ialah seramai 135 orang.

Mulai dari Bulan Mei 2003 Kolej MARA Banting telah menjadi 'IB World School' sepenuhnya. Sebelum ini Kolej MARA Banting mengendalikan 2 program iaitu Program IB dan Matrikulasi. Kini Kolej MARA Banting menumpukan sepenuh perhatian kepada Program IB sahaja.

Image
Program ini merupakan program peringkat diploma yang dikendalikan oleh International Baccalaureate Organisation (IBO); sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang beribu pejabat di Geneva, Switzerland. Walaubagaimanapun, pejabat yang menguruskan hal-hal peperiksaan dan kurikulum (IBCA) terletak di Cardiff, United Kingdom.

Program ini diasaskan pada tahun 1968. Ianya telah disusun untuk pelajar bermotivasi tinggi berumur diantara 16 dan 19 tahun. Ianya telah mendapat reputasi yang meluas diatas sistem penilaian yang sangat terperinci, dan ini memberikan lebih peluang kepada pemegang diploma ini untuk melanjutkan pengajian ke universiti-universiti terkemuka dunia.

Terdapat 3 bahasa pengantar yang utama bagi program ini iaitu : Inggeris, Perancis dan Sepanyol. Walaubagaimanapun, Kolej MARA Banting memilih Bahasa Inggeris sebagai medium utama pembelajaran.

Program ini mengambil masa selama 2 tahun dan kemasukan dilakukan setiap bulan Jun. Terdapat seramai 94 pensyarah yang bertauliah lagi berpengalaman mengajar program International Baccalaureate ini.

Laman Web: http://www.kmb.edu.my/


Kolej MARA Kuala Nerang
Image

Kolej MARA Kuala Nerang memulakan operasi dan misi utamanya dalam mendidik anak bangsa bermula pada 1 Disember 1994. Pembinaannya telah menelan belanja sebanyak RM16 juta di dalam kawasan seluas 36 ekar yang terdiri daripada blok pentadbiran, blok akademik dan blok asrama. Pada asal pembinaan kolej ini, ia menggunakan peruntukan MRSM walaupun nama rasminya adalah Kolej MARA. Walaupun telah beroperasi selama 14 tahun, namun sehingga kini, kolej ini tidak pernah dirasmikan pembukaannya.

Pada awalnya Kolej MARA Kuala Nerang menjalankan Program Matrikulasi Universiti Utara Malaysia bermula dari tahun 1995 sehingga April 2000. Kumpulan pertama pelajar sesi 1995/1996 adalah pecahan kecil yang dipindahkan dari Kolej MARA Kulim untuk ditempatkan di kolej ini. Sepanjang tempoh usia Matrikulasi UUM ini, kolej telah menghasilkan 1,864 orang pelajar yang kemudiannya berhijrah ke Universiti Utara Malaysia.

Program Matrikulasi UUM ini tamat pada tahun 2000 setelah Kementerian Pendidikan (kini dikenali sebagai Kementerian Pelajaran) mengambil alih bahagian matrikulasi pada tahun tersebut. Sejak itu bermula satu lembaran baru buat kolej ini apabila diberi mandat untuk melaksanakan Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia dan berdiri megah bersaing bersama-sama kolej matrikulasi yang lain. Kolej MARA Kuala Nerang dan Kolej MARA Kulim dimiliki sepenuhnya oleh MARA manakala 9 buah kolej matrikulasi lain dimiliki oleh Bahagian Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia.

Di Kolej MARA Kuala Nerang, Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia bermula dari Jun 2000 sehinggalah ke hari ini.

Selain daripada program matrikulasi, kolej juga menjalankan Program-Program UniKL iaitu Program Foundation in Engineering (FET) dan Program Foundation in Biological Science (FIBS).

Program FET dan FIBS masing-masing bermula pada 17 Februari 2008 dan 27 Julai 2008. Kedua-dua program masih berjalan sehinggalah ke hari ini. Tempoh kedua-dua program ini hanyalah setahun kerana ia adalah program persediaan untuk pelajar cemerlang.

Seterusnya bagi pelajar FET, mereka akan menjalani latihan industri (dalam bidang "electrical","mechanical" dan "chemical") yang akan diatur oleh pihak UniKL selama 1 semester sebelum memasuki tahun pertama pengajian dalam bidang masing-masing di UniKL. Selepas tamat tahun pertama, pelajar-pelajar ini akan menyambung pengajian mereka di University of Sheffield, U.K untuk tahun kedua dan berikutnya.

Bagi pelajar FIBS, mereka akan terus ditempatkan di UniKL-Royal College of Medicine Perak (UniKL-RCMP) untuk tahun pertama pengajian dan berikutnya. Golongan ini adalah perintis kepada bidang perubatan hasil keluaran MARA sendiri.

Program Foundation in Science Technology (FIST) adalah kerjasama UniKL & Australia merupakan program terbaru yang diperkenalkan oleh UniKL. Lulusan FIST akan tempat di universiti-universiti tertentu di Australia selepas tamat pelajaran dengan jayanya di Kolej dan UniKL.

Laman Web: http://www.mrsmkm.edu.my/knerang/


Kolej MARA Kulim
Image

Kolej MARA Kulim mula beroperasi sebagai Maktab Rendah Sains Mara Kulim pada 1 Mac 1977, mengendalikan program Pendidikan Menengah dengan pengambilan seramai 149 orang pelajar tingkatan 1.

MRSM Kulim diberi kepercayaan mengendalikan program untuk pelajar pintar cerdas buat kali pertama dalam sistem MRSM. Program ini dikenali sebagai Program Khas Penuntut (PKP) telah berlangsung dari tahun 1988 hingga 1991 dengan pengambilan pelajar Tingkatan 4 sesi pengajian 1988-1989 dan 1990-1991. Ia dipindahkan ke MRSM Taiping selepas program PKP mencapai 100% gred 1 dalam SPM tahun 1989 dan 1991.

Kemudian MRSM Kulim dinaiktaraf menjadi sebuah pusat matrikulasi sepenuhnya. Program matrikulasi yang pernah dijalankan:

    Matrikulasi Universiti Sains Malaysia (1983 - 1999)
    Matrikulasi Universiti Kebangsaan Malaysia (1985 - 1992)
    Matrikulasi Universiti Utara Malaysia (1985 - 1995)
    Matrikulasi Universiti Putra Malaysia (1988 - 1999)
    Matrikulasi Universiti Malaysia Sabah (1995 - 1999)
    Kursus Persediaan Universiti Teknologi Malaysia (1995 - 2004)
    Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia [MKPM] (1999 - sekarang)
    Kursus Persediaan UniKL [FiST UniKL] (2004 - 2010)
    Program Keusahawanan Sains Universiti Malaysia Kelantan [KSUMK] (2011)

MRSM Kulim telah ditukar nama kepada Kolej MARA Kulim pada Februari 1994. Kini Kolej MARA Kulim menjalankan Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia (MKPM) dan Program Keusahawanan Sains Universiti Malaysia Kelantan (KSUMK).

Laman Web: http://www.kmkulim.edu.my/
Image

Allah is Great
!

User avatar
protoculture


Mod
Kuala-Lumpur

Posts: 439
Joined: 01 Jun 2011, 11:37



Re: Institut Pengajian Tinggi (Awam & Swasta)

Postby protoculture » 18 Apr 2012, 16:00

Bismillahirrahmanirrahim..

:wasalam:

Kali ini info berkaitan pembiayaan pendidikan akan dibincangkan. Antaranya melibatkan PTPTN, MARA, Yayasan Pelajaran MARA serta tajaan JPA.

Wassalam
Image

Allah is Great
!

User avatar
protoculture


Mod
Kuala-Lumpur

Posts: 439
Joined: 01 Jun 2011, 11:37



Re: Institut Pengajian Tinggi (Awam & Swasta)

Postby protoculture » 18 Apr 2012, 16:02

Image

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)

Info Korporat

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) telah ditubuhkan di bawah Akta Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 1997 (Akta 566) yang mula berkuatkuasa pada 1 Julai 1997. PTPTN mula beroperasi pada 1 November 1997 di Bangunan Wisma Chase Perdana, Off Jalan Semantan, Damansara Heights, Kuala Lumpur.

FUNGSI PTPTN :

- Menguruskan pembiayaan untuk tujuan pendidikan tinggi dan seterusnya memungut bayaran balik pinjaman;
- Menyediakan skim simpanan dan mengurus deposit untuk tujuan pendidikan tinggi; dan
- Melaksanakan apa-apa fungsi lain yang diberikan kepada PTPTN oleh mana-mana undang-undang bertulis.

Maklumat Pembiayaan Pinjaman

Skim Pembiayaan Pendidikan PTPTN diwujudkan bertujuan untuk memberi pembiayaan pinjaman pendidikan kepada pelajar yang mengikuti pengajian di Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) tempatan. Pembiayaan ini akan membolehkan pelajar membiayai sepenuh atau sebahagian yuran pengajian dan juga kos sara hidup di sepanjang tempoh pengajian mereka di IPT. Sekaligus, skim ini membuka lebih banyak peluang kepada semua golongan pelajar untuk melanjutkan pelajaran di peringkat pendidikan tinggi.

Skop penyediaan kemudahan pembiayaan pendidikan PTPTN adalah terbuka kepada pelajar-pelajar yang mengikuti program pengajian pada peringkat Diploma, Ijazah Pertama, Sarjana, Doktor Falsafah dan Kursus Profesional di IPT yang ditubuhkan di bawah Akta berikut:

- Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971.

- Akta Institut Teknologi MARA 1976.

- Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996.

- Akta Pendidikan 1996.

Mulai 1 Mac 2007, pelajar-pelajar yang mengikuti pengajian secara jarak jauh atau separuh masa di Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) bagi peringkat Diploma, Ijazah Pertama, Sarjana, Doktor Falsafah dan Kursus Profesional layak mendapat pinjaman pendidikan PTPTN. Jumlah pembiayaan hanyalah untuk membiayai yuran pengajian yang ditetapkan oleh IPTA dan tidak melebihi jumlah maksima seperti mana yang dinyatakan dalam Pekeliling PTPTN Bilangan 2 Tahun 2007 (manakala pelajar separuh masa di IPTS hanya ditaja di peringkat Diploma & Ijazah Pertama sahaja)

Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN)

Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) adalah merupakan satu skim atau instrumen simpanan yang direka khas oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi tujuan pendidikan tinggi.

Mulai 1 Januari 2012, para pelajar yang ingin memohon pembiayaan pendidikan PTPTN adalah DIWAJIBKAN untuk mempunyai akaun SSPN dengan simpanan minimum sebanyak RM20.00

Orang ramai digalakkan membuat pembukaan akaun SSPN di kaunter Maybank bagi memudahkan dan mempercepatkan urusan pembukaan akaun. Semakan baki akaun SSPN pada keesokan hari boleh dilakukan di laman web PTPTN bagi pembukaan akaun di Maybank SAHAJA.

Maklumat Am Pembiayaan Pinjaman

Pelajar layak memohon pembiayaan pendidikan sekiranya memenuhi kelayakan berikut:

a) Warganegara Malaysia;
b) Berumur tidak melebihi 45 tahun pada tarikh memohon;
c) Lulus SPM dengan sekurang-kurangnya 3 kepujian dalam mana-mana mata pelajaran;atau
d) Lulus SPM dan memperolehi CGPA 3.0 ke atas untuk pelajar lepasan sijil kolej komuniti yang mendapat tawaran pengajian ke peringkat diploma politeknik sahaja atau pelajar lepasan diploma politeknik yang mendapat tawaran pengajian ke peringkat ijazah pertama di IPTA atau IPTS;
e) Bagi pelajar-pelajar IPTA/ IPTS/ Politeknik, kursus yang diikuti mestilah mendapat kelulusan pendaftaran daripada Jabatan Pengurusan IPT (IPTA/ IPTS)/ Jabatan Pengurusan Politeknik dan Kolej Komuniti, Kementerian Pengajian Tinggi;
f) Bagi pelajar-pelajar IPTS, kursus yang diikuti mestilah mendapat Sijil Perakuan Akreditasi daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan belum tamat tempoh sah laku semasa permohonan dikemukakan.
g) Bagi pelajar yang mempunyai kelayakan yang berbeza daripada yang disyaratkan di perenggan (e) dan (f), pengesahan bahawa kelayakan tersebut setaraf dengan kelayakan yang disyaratkan hendaklah diperolehi daripada jabatan atau agensi sebagaimana dinyatakan;
h) Baki tempoh pengajian semasa membuat permohonan hendaklah tidak kurang dari satu (1) tahun; dan
i) Tiada penaja lain.

Wang Pendahuluan Pembiayaan

Wang Pendahuluan Pembiayaan ( WPP ) ini telah dilaksanakan mulai tahun 1999 bagi membantu pelajar-pelajar yang pertama kali ditawarkan ke IPTA dan kurang berkemampuan. Pemberian WPP berjumlah RM1,500.00 adalah tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan seperti berikut :

- Warganegara Malaysia
- Pendapatan seisi keluarga kurang daripada RM4,000
- Belum pernah menerima WPP atau pembiayaan PTPTN

Bagi kemasukan sesi Julai 2010, pelajar dikehendaki membuat pilihan sama ada bersetuju atau tidak bersetuju untuk menerima Wang Pendahuluan Pembiayaan ( WPP ) semasa permohonan kemasukan ke IPT melalui UPU online.

Sila Layari:

http://www.ptptn.gov.my
Image

Allah is Great
!

User avatar
protoculture


Mod
Kuala-Lumpur

Posts: 439
Joined: 01 Jun 2011, 11:37



Re: Institut Pengajian Tinggi (Awam & Swasta)

Postby protoculture » 18 Apr 2012, 16:11

Image

Dasar Tajaan Pendidikan MARA

Matlamat tajaan adalah untuk membantu pelajar bumiputera yang berpotensi dan berkelayakan terutama yang memerlukan bantuan kewangan untuk mengikuti pengajian di Institusi Pengajian Tinggi dalam bidang-bidang Sains, Teknologi, Profesional, Kepakaran dan Pengurusan Perniagaan serta bidang-bidang lain yang dikenalpasti oleh MARA dari masa ke semasa

Kadar bantuan pinjaman pelajaran MARA ditentukan berasaskan kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) tetapi tertakluk kepada keadaan peruntukan kewangan MARA.

Tajaan pelajaran MARA adalah khusus untuk calon-calon bumiputera sahaja selaras dengan Akta Majlis Amanah Rakyat 1966.

Syarat Am Bantuan Pinjaman Pelajaran MARA

- Calon mestilah Melayu / bumiputera warganegara Malaysia
- Tidak pernah ditamatkan bantuan atau ditarik balik bantuan oleh mana-mana penaja atas sebab tindakan disiplin.
- Mendapat pelepasan kontrak / penangguhan bayaran balik jika pernah ditaja oleh badan lain untuk pengajian sebelumnya.
- Mesti mendapat cuti belajar tanpa gaji / pelepasan jawatan / kebenaran bertulis daripada majikan bagi mereka yang sedang berkhidmat.
- Diperakui sihat dan normal oleh doktor yang bertauliah.
- Pengajian sepenuh masa dalam dan luar Negara.
- Memenuhi syarat Status Sosio Ekonomi Keluarga seperti yang ditetapkan.
- Umur yang ditetapkan bagi setiap program yang dipohon :

Peringkat
Diploma => Dalam Negara = tidak melebihi 35 tahun, Luar Negara = -
Ijazah => Dalam Negara = tidak melebihi 40 tahun, Luar Negara = 30
Sarjana => Dalam Negara = tidak melebihi 45 tahun, Luar Negara = 35
PhD => Dalam Negara = tidak melebihi 45 tahun, Luar Negara = 40


Program-Program Yang Ditaja

(1)Skim Pelajar Cemerlang (SPC)
a) Program Lepasan SPM

Program ini disediakan khusus untuk pelajar-pelajar yang mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan SPM.

b) Program Persediaan Universiti Luar Negara (Pengajian ke Luar Negara)

Program ini dijalankan sepenuhnya di dalam negara. Pelajar-pelajar yang menamatkan program ini dengan cemerlang dan memenuhi syarat yang ditetapkan akan meneruskan pengajian peringkat ijazah pertama di universiti terkemuka di luar negara.

* Program ini hanya diiklankan dalam akhbar-akhbar tempatan biasanya sebulan sebelum keputusan SPM diumumkan (tertakluk kepada pindaan).

Program-program yang disediakan adalah seperti berikut (tertakluk kepada pindaan) :

    PROGRAM
    American Degree Foundation Programme, Tempoh Pengajian = 14 bulan
    A – Level, Tempoh Pengajian = 1.5 – 2.0 tahun
    A-Level German, Tempoh Pengajian = 2.5 tahun
    Diploma International Baccalaurete (IB), Tempoh Pengajian = 2.0 tahun
    Perubatan Russia, Tempoh Pengajian = 3 – 6 bulan
    Perubatan Indonesia , Tempoh Pengajian = 1.0 tahun
    Kejuruteraan Peranchis, Tempoh Pengajian = 1.5 tahun
    Australian Matriculation (AUSMAT) , Tempoh Pengajian = 1.5 tahun

c)Program Persediaan Universiti Luar Negara (Pengajian Dalam Negara)

Pelajar-pelajar yang menamatkan program ini dengan cemerlang dan memenuhi syarat yang ditetapkan akan meneruskan pengajian sepenuhnya di institusi yang dikenalpasti di Malaysia.

*Program ini hanya diiklankan dalam akhbar-akhbar tempatan biasanya sebulan sebelum keputusan SPM diumumkan (tertakluk kepada pindaan).

d) Program Pengajian Di Institusi Pengajian Tinggi Terkemuka Luar Negara.

- Program Ijazah Pertama bagi calon lepasan Matrikulasi / Diploma
- Program Profesional bagi calon lepasan Diploma / Ijazah Pertama
- Program Sarjana bagi calon lepasan Ijazah Pertama
- Program Ijazah Doktor Falsafah bagi calon lepasan Sarjana.

* Program ini hanya diiklankan dalam akhbar-akhbar tempatan pada setiap hujung tahun bagi kemasukan sesi tahun hadapannya (tertakluk kepada pindaan). Walaubagaimanapun, pertimbangan tajaan adalah tertakluk kepada peruntukan semasa dan dasar terkini MARA.


(2) Skim Pembiayaan Terbuka (SPT)
a) Program Persediaan UNIKL.

b) Program Diploma

- Diploma Teknikal/ICT di IPMa seperti German Malaysian Institute (GMI),UniKL (BMI, MFI, MIAT, MIMET, MICET, MSI, IIM) dan Kolej Poly Tech MARA (KPTM).
- Diploma Usahasama IPTA di KPTM dan IPTS yang berdaftar dengan MARA.
- Diploma di IPTS lain yang berdaftar dengan MARA dan program yang mendapat Sijil Akreditasi Penuh LAN.

c) Program Ijazah Pertama.

- Ijazah Pertama di IPMa
- Program Kerjasama / Francais IPTA di IPMa dan IPTS yang berdaftar dengan MARA.
- Program Berkembar Universiti Luar Negara 3 + 0 di IPTS yang berdaftar dengan MARA.

d) Program Profesional

- Perakaunan – CA / ACCA / CIMA / ICAEW dan lain-lain
- Institute Of Chartered Secretaries & Administrators (ICSA)
- Chartered Institute Of Transport (CIT)
- Chartered Institute Of Insurance (CII)
- Chartered Institute Of Logistics
- Certified Financial Planner
- Senibina Bahagian II
- Bidang-bidang lain yang diiktiraf oleh Badan-badan Profesional

e) Program Ijazah Sarjana/Tertinggi.

Tajaan bagi program ini adalah tertakluk kepada bidang/kursus yang diutamakan serta memenuhi syarat dan kriteria yang telah ditetapkan oleh MARA, serta mendapat tawaran masuk ke Universiti berkaitan. Walaubagaimanapun, pertimbangan tajaan adalah tertakluk kepada peruntukan semasa dan dasar terkini MARA.

f) Program Kepakaran Perubatan/Pergigian Dan Lain-Lain.

Tajaan bagi program ini adalah tertakluk kepada bidang-bidang kepakaran yang diutamakan serta memenuhi syarat dan kriteria yang telah ditetapkan oleh MARA, serta mendapat tawaran masuk ke Universiti berkaitan. Walaubagaimanapun, pertimbangan tajaan adalah tertakluk kepada peruntukan semasa dan dasar terkini MARA.


NOTA : PERTIMBANGAN TAJAAN ADALAH TERTAKLUK KEPADA PERUNTUKAN SEMASA DAN DASAR TERKINI MARA

Sila Layari:

http://www.mara.gov.my/
Image

Allah is Great
!

User avatar
protoculture


Mod
Kuala-Lumpur

Posts: 439
Joined: 01 Jun 2011, 11:37



Re: Institut Pengajian Tinggi (Awam & Swasta)

Postby protoculture » 18 Apr 2012, 16:13

Image

Dana Pinjaman Pendidikan Tinggi Yayasan Pelajaran MARA (YPM)

Projek DPPT atau dikenali sebagai 'Higher Education Loan Fund Project' (HELP) adalah Projek Pendidikan Pendidikan Tinggi Jepun Kerajaan Malaysia yang telah dilaksanakan di bawah Dasar Pandang ke Timur yang diilhamkan oleh bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamed pada tahun 1983.

Yayasan Pelajaran MARA telah dilantik sebagai Agensi pelaksana Projek HELP dan telah mula melaksanakannya pada tahun 1993. Projek HELP dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Malaysia melalui Geran Pengurusan Projek dan Pinjaman Kerajaan Malaysia dari Kerajaan Jepun.

Objektif utama penubuhan adalah untuk mengurus dan melaksana Program Pendidikan Tinggi dan Program Biasiswa Sarjana Muda, Sarjana, PhD bagi pelajar-pelajar yang cemerlang Bumiputera untuk meneruskan pengajian di dalam bidang Sains dan Kejuruteraan di universiti-universiti di Jepun untuk melahirkan saintis dan jurutera melalui program pendidikan dan program biasiswa. Adalah diharap jurutera dan saintis Bumiputera mampu menerajui industri, penyelidikan dan pembangunan serta teknologi rekabentuk negara.

PENCAPAIAN PROJEK-PROJEK

- Projek HELP telah melahirkan seramai 424 jurutera/saintis Bumiputera yang berkhidmat disektor industri dan awam negara.
- Mencipta kurikulum/silibus sijil matrikulasi pantas Jepun (HELP I), kurikulum/silibus ijazah berkembar Jepun 2+3 (HELP II) dan kurikulum/silibus diploma kejuruteraan Jepun dan ijazah berkembar Jepun 3+2 (HELPIII).
- Projek printis kepada pelaksanaan program Ijazah Berkembar Jepun di dunia dan berkemampuan menjadikan Malaysia sebagai pusat penyelidikan tinggi antarabangsa khususnya Jepun di rantau Asia.

HELP I
Yayasan Pelajaran MARA telah dilantik sebagai agensi pelaksana projek HELP fasa pertama pada tahun 1992 dalam perjanjian pinjaman kerajaan Malaysia dengan kerajaan Jepun bil.MXVII-1 bertarikh 28 Mei 1992. Tempoh pelaksanaan projek HELP I bermula April 1993 hingga Jun 2004. Program pengajian dan program biasiswa ini dijalankan 2 tahun pengajian program pendidikan matrikulasi pantas jepun di Malaysia dan 4 tahun pengajian Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan dan Sains di Universiti Jepun. Bilangan Tajaan pembiayaan pelajar adalah seramai 310 Pelajar Cemerlang lepasan SPM.

Seramai 279 orang pelajar daripada 5 kumpulan Projek HELP I telah berjaya menamatkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda. Prestasi yang ditunjukkan oleh pelajar-pelajar daripada Projek HELP I ini membuktikan bahawa program tersebut telah berjaya mencapai matlamatnya dalam menyediakan peluang pendidikan bagi pelajar-pelajar Bumiputera di Institusi-Institusi Pengajian Tinggi Jepun


HELP II
Yayasan Pelajaran MARA telah dilantik sebagai agensi pelaksana projek HELP fasa kedua pada tahun 1999 dalam perjanjian pinjaman kerajaan Malaysia dengan kerajaan Jepun bil.MXVII-6 bertarikh 28 April 1999. Tempoh pelaksanaan projek HELP II bermula April 1999 hingga Mac 2008. Komponen projek HELP II adalah 1 tahun pengajian program sijil matrikulasi pantas Jepun, 1 tahun pengajian tahun pertama Universiti Jepun di malaysia dan 3 tahun pengajian Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan dan Sains di Universiti Jepun dan 2 tahun program biasiswa Ijazah Sarjana di Universiti Jepun.

YPM telah memperkenalkan Program Ijazah Berkembar Jepun (JAD) melalui kerjasama bijak yang dijalinkan dengan universiti-universiti di Jepun melalui Universiti-universiti Konsortium Jepun-Malaysia (JMC). Program Ijazah Berkembar ini telah dilancarkan pada tahun 1999 dan melibatkan 285 orang pelajar dan merupakan program pertama seumpamanya yang telah dijalankan di antara Universiti-Universiti di Jepun dengan institusi-institusi pendidikan tinggi lain di seluruh dunia. Seramai 44 orang pelajar Kumpulan Pertama telah berjaya di peringkat Ijazah Sarjana Muda manakala 4 kumpulan pelajar masih meneruskan pengajian mereka.

Sebagai kesinambungan kepada Program JAD, projek ini juga telah dilanjutkan ke peringkat Sarjana di mana 5 kumpulan pelajar Projek HELP I telah ditawarkan untuk melanjutkan pengajian mereka. Setakat ini 38 orang pelajar telah berjaya menamatkan pengajian manakala 14 pelajar masih di Tahun Akhir dan seorang pelajar sedang meneruskan pengajian Tahun Satu.


HELP III
Yayasan Pelajaran MARA telah memulakan pelaksanaan Projek HELP fasa III pada tahun 2005 (perjanjian pinjaman kerajaan Malaysia dengan kerajaan Jepun dan masih dalam proses peniaian kerajaan Jepun ) dengan pelan pembiayaan melalui ' Bridging Financing Year 2005 '. Pelaksanaan Projek HELP III adalah ditetapkan pembiayaan melalui kelulusan pinjaman Yen kerajaan Jepun yang dijangka pada tahun 2006. Tempoh pelaksanaan bermula pada April 2005 hingga Mac 2015.

Program ini dijalankan selama 3 tahun program pengajian diploma teknikal Jepun di Malaysia dan 2 tahun pengajian Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan dan Sains di Universiti Jepun. Program biasiswa Ijazah Sarjana selama 2 tahun di Universiti Jepun dan program biasiswa Ijazah Doktor Falsafah kejuruteraan dan Sains selama 3 tahun di Universiti Jepun. Bilangan tajaan pula ialah melibatkan 400 pelajar cemerlang lepasan SPM, pembiayaan 66 graduan Sarjana Muda cemerlang HELP I dan HELP II dan 25 graduan Sarjana cemerlang HELP I dan HELP II.


Untuk maklumat lanjut mengenai projek HELP ini, sila layari laman web:

http://www.jadypm.edu.my

ATAU

http://www.ypm.org.my/
Image

Allah is Great
!

User avatar
protoculture


Mod
Kuala-Lumpur

Posts: 439
Joined: 01 Jun 2011, 11:37



Re: Institut Pengajian Tinggi (Awam & Swasta)

Postby protoculture » 18 Apr 2012, 16:18

Image

Biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam - Program Ijazah Dalam Negara (JPA PIDN)

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) akan membuka permohonan untuk Biasiswa JPA PIDN bagi setiap tahun. Permohonan ini adalah untuk pelajar yang telah mendapat surat tawaran untuk melanjutkan pengajian di peringkat diploma atau ijazah sarjana muda untuk sesi pengajian tahun berkenaan dan pelajar yang sedang mengikuti pengajian tahun 2 dan ke atas di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) yang disenaraikan.

IPTA Tajaan Biasiswa JPA PIDN

Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang disenaraikan bagi Biasiswa JPA program pengajian peringkat Diploma dan Ijazah adalah seperti berikut:

- Universiti Sultan Zainal Abidin (UNiSZA)
- Universiti Islam Antarabangsa (UIAM)
- Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
- Universiti Malaya (UM)
- Universiti Malaysia Pahang (UMP)
- Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)
- Universiti Malaysia Sabah (UMS)
- Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
- Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
- Universiti Putra Malaysia (UPM)
- Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
- Universiti Sains Malaysia (USM)
- Universiti Teknikal Malaysia (UTeM)
- Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
- Universiti Teknologi MARA (UiTM)
- Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
- Universiti Utara Malaysia (UUM)
- Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
- Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)

IPTS Tajaan Biasiswa JPA PIDN

Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) yang disenaraikan bagi Biasiswa JPA program pengajian peringkat Ijazah sahaja adalah seperti berikut:

- Universiti Multimedia (MMU)
- Universiti Teknologi Petronas (UTP)
- Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)

Syarat-syarat Permohonan

A. Syarat Asas

- Warganegara Malaysia;
- Umur tidak melebihi 25 tahun pada 1 Januari 2011;
- Memiliki Sijil Penuh bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk melayakkan lantikan ke perkhidmatan awam termasuk kepujian dalam Bahasa Melayu dan Ujian Lisan pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan
- Telah menerima surat tawaran kemasukan ke tahun pertama pengajian dari mana-mana institusi pengajian tinggi awam atau swasta seperti yang disenaraikan di atas:

a)Peringkat ijazah pertama (bagi kemasukan November/ Disember Sesi 2010/ 2011 atau Semester I Sesi 2011/ 2012) dari mana-mana IPT (kecuali UPSI), UNITEN, MMU atau UTP atau sedang mengikuti pengajian di tahun kedua (2) dan ke atas; dan

b)Peringkat diploma (bagi kemasukan November/ Disember Sesi 2010/ 2011 atau Semester I Sesi 2011/ 2012) dari mana-mana IPTA (kecuali UPSI).


B. Syarat Kelayakan Akademik

1. Pelajar Baru di Tahun Pertama kemasukan November/ Disember Sesi 2010/ 2011 atau Semester I Sesi 2011/ 2012.;

a) Sijil Pelajaran Malaysia (SPM 2010)
- Gred A- dalam 7 matapelajaran & kepujian dalam mata pelajaran lain termasuk Bahasa Malaysia, atau

b) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM 2010)
– CGPA 3.50 (Minimum 4 matapelajaran gred B) atau

c) Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) (di samping mempunyai SPM dengan kepujian dalam Bahasa Malaysia)
- CGPA 3.50 (Minimum 10 mata pelajaran dengan gred minimum Jayyid Jiddan) atau

d) Matrikulasi di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia/ UIA/ Program Asasi IPTA/ Pra-Universiti/ Foundation/ Alpha/ Diploma
- CGPA 3.50

e) A-Level (Kemasukan ke universiti bertaraf APEX dan UIA)
- 12 mata (gred minimum B dalam 3 mata pelajaran)

f) International Baccalaureate (IB) (Kemasukan ke universiti bertaraf APEX dan UIA)
– 37 mata

2. Pelajar Tahun Kedua dan Ke Atas

a) Bidang-bidang lain selain bidang kritikal (Perubatan, Pergigian dan Farmasi)
– CGPA 3.50

Calon-calon yang mendapat tawaran kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam bagi kursus perubatan, pergigian dan farmasi di peringkat ijazah tidak tertakluk kepada syarat kelayakan akademik di atas


Bidang Tajaan

-> Kritikal – Perubatan, Pergigian dan Farmasi.
-> Keutamaan – Sains Tulen, Sains Perhutanan, Sains Kesihatan Bersekutu, Sains Pengurusan Alam Sekitar, Sains Pertanian, Bioteknologi, Teknologi Maklumat, Sains dan Teknologi.
-> Profesional – Sastera Ikhtisas – Sains Perubatan Veterinar, Undang-undang, Senibina, Sains Aktuari, Ukur Bahan, Ukur Tanah, Kejuruteraan Perancangan Bandar dan Wilayah, Perakaunan.
-> Lain-lain – Sastera – Hubungan Antarabangsa, Pengajian Islam, Sains Politik dan Ekonomi.

Bidang Yang Tidak Ditaja

-> Pendidikan;
-> Penerbangan;
-> Diploma Kejururawatan dan Separa Perubatan yang dikendalikan oleh Kementerian Kesihatan;
-> Kursus-kursus Profesional (contoh : ACCA / CIMA / AutoCAD / Linux);
-> Program berkembar dengan institusi luar negara atau seumpamanya;
-> Bidang/ Kursus yang mensyaratkan pelajar mengambil/ mengikuti sebahagian daripada mata pelajaran atau latihan amali di luar negara; dan
-> Lain-lain bidang yang tidak ditaja oleh Kerajaan (contoh : Double Degree).

Mereka Yang Tidak Layak Memohon

- Pelajar-pelajar yang tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan asas dan khusus yang ditetapkan.
- Calon yang sedang ditaja bagi mengikuti pengajian peringkat ijazah pertama dan diploma ke Institusi Pengajian Tinggi Tempatan.
- Pelajar-pelajar yang sedang ditaja oleh badan penaja lain.
- Pelajar-pelajar yang telah mempunyai Ijazah Pertama, Diploma Lepasan Ijazah atau Diploma anjuran sesuatu Jabatan/ Agensi.
- Pelajar-pelajar yang sedang mengikuti pengajian Diploma dalam tahun kedua dan ke atas pada Semester II sesi 2011/ 2012.
- Kursus-kursus yang berkaitan dengan pendidikan seperti Kursus Ijazah Sarjana Muda Sains dengan Pendidikan.
- Pelajar-pelajar yang sedang mengikuti kursus peringkat Matrikulasi/ Asasi Sains/ Pra-Universiti/ Alpha/ Foundation.
- Pelajar/ pegawai yang sedang mengikuti program/ kursus jarak jauh/ separuh masa.
- Pelajar yang akan dan sedang mengikuti Program Kerjasama, Program Berkembar, Program Double Degree, Program Luar Kampus dan Program Jarak Jauh.

Kadar Biasiswa

Biasiswa yang akan diberi termasuklah elaun sara hidup, elaun buku, elaun alat perkakas, elaun tesis, elaun kertas projek, elaun latihan amali dan yuran pengajian.

Secara amnya jumlah yang akan diterima untuk setiap tahun bagi pengajian peringkat Diploma adalah elaun sara hidup RM 7,560/ RM 6,426, elaun buku RM 400, elaun alat perkakas RM 50 – RM 250, elaun kertas projek RM 150 dan yuran pengajian IPTA RM 966/ UiTM RM 400.

Secara amnya jumlah yang akan diterima untuk setiap tahun bagi pengajian peringkat Ijazah adalah elaun sara hidup RM 8,400/ RM 7,140, elaun buku RM 600/ RM 1,000, elaun alat perkakas RM 100 – RM 500, elaun kertas projek RM 150 dan yuran pengajian RM 1,100 – RM 1,800. Di samping itu terdapat juga elaun tesis RM 300 untuk sekali sahaja dan elaun latihan amali RM 10 sehari.

Yuran pengajian bagi IPTS pula adalah bergantung kepada amaun tuntutan oleh IPTS berkenaan. Tambang kapal terbang dua hala antara Semenanjung, Labuan, Sabah dan Sarawak juga diberi di antara RM 100 – RM 1,000 bergantung kepada lokasi rumah calon dan universiti.

Tempoh Kontrak

Tempoh perlu berkhidmat dengan kerajaan selepas tamat pengajian dengan jayanya bergantung kepada tempoh masa dan pengajian yang diikuti. Secara amnya;

Peringkat Diploma

- Tempoh Pengajian 3 tahun atau kurang : 3 – 5 tahun
- Tempoh Pengajian lebih 3 tahun : 4 – 6 tahun

Peringkat Ijazah

- Tempoh Pengajian 4 tahun atau kurang : 4 – 6 tahun
- Tempoh Pengajian lebih 4 tahun : 5 – 7 tahun
- Kursus Perubatan dan Pergigian : 10 tahun

Pembayaran ganti rugi perlu dijelaskan jika enggan berkhidmat dengan kerajaan. Jumlah ganti rugi tersebut bergantung kepada - tempoh masa dan pengajian yang diikuti. Secara amnya;

1) Peringkat Diploma di antara RM 70,000 – RM 100,000.
2) Peringkat Ijazah di antara RM 110,000 – RM 250,000.
Walaupun begitu mereka yang belajar di IPTS perlu membayar ganti rugi kos yang sebenar.

Cara Memohon

Permohonan boleh dibuat di atas talian (on-line) sahaja secara percuma. Cara memohon adalah seperti berikut:

Pemohon boleh mengemukakan permohonan dengan melayari:

http://esilav2.jpa.gov.my atau

http://www.jpa.gov.my


Makluman

Pertanyaan mengenai program tajaan boleh dibuat dengan menghubungi talian 03-8885 3049 (10 talian) pada setiap hari bekerja mulai jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang.
Image

Allah is Great
!

User avatar
protoculture


Mod
Kuala-Lumpur

Posts: 439
Joined: 01 Jun 2011, 11:37



Re: Institut Pengajian Tinggi (Awam & Swasta)

Postby protoculture » 18 Apr 2012, 16:32

Bismillahirrahmanirrahim..

:salam:

Proses pengemaskinian data mengikut turutan:
- IPTA
- IPTS (Universiti milik GLC)
- IPTS (Universiti Luar Negara Kampus Malaysia)
- IPTS (Universiti swasta menawarkan pengajian e-PJJ & separuh masa)
- IPTS (berstatus Universiti)
- IPTS (berstatus Kolej Universiti)
- IPMa (Institusi2 Pengajian di bawah MARA)
- Pembiayaan (PTPN/MARA/YPM/JPA)

Penambahan entri berkaitan:

- Heriot Watt University (UK) - Putrajaya Campus
- Hanyang University (Korea) - Malaysia Campus
- Jaipur National University (India)- Perak Campus
- Prist University (India)- Perak Campus
- Kolej Universiti Islam Sultan Azlan Shah
- Universiti As-Sofa

Insya Allah, penambahan maklumat mengenai Politeknik pula akan menyusul.

Wallahualam
Image

Allah is Great
!

User avatar
protoculture


Mod
Kuala-Lumpur

Posts: 439
Joined: 01 Jun 2011, 11:37



PreviousNext

Return to Akademik & Pengajian

Who is online

Users browsing this forum: No registered users and 0 guests